Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan dalam menghadapi Piala Asia 2023 di Universiti Qatar hari ini. Foto Bernama |
Penyerang, Darren Lok yang berazam mencipta gol pada pertemuan itu mengakui suasana dalam pasukan suram untuk beberapa hari selepas Malaysia tumpas 0-4 di tangan Jordan pada aksi pembukaan Isnin lepas (Selasa pagi waktu Malaysia).
Bagaimanapun, penyerang Sabah FC berusia 33 tahun itu berkata barisan pemain negara kini sudah bersedia untuk ‘membayar hutang’ kemenangan bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik.
"Sudah tiba masa untuk bersedia menghadapi perlawanan seterusnya, kita tidak boleh terus bersedih dan kecewa dengan kekalahan lepas, kita perlu fokus untuk yang akan datang. Saya sentiasa bersemangat untuk masuk padang dan jaringkan gol dan buat yang terbaik untuk Malaysia, itu tugas saya (jika dipilih dalam kesebelasan utama).
"Kami sedar perlawanan seterusnya bukan mudah, Bahrain lawan yang kuat, sama ranking dengan Jordan. Jadi kami perlu main dan betulkan apa yang silap ketika menentang Jordan selain tampilkan prestasi yang lebih baik,” katanya kepada media Malaysia ketika ditemui di hotel penginapan pasukan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Darren yang mengumpul enam gol bersama Malaysia sejak penampilan sulung pada 2016 berkata beliau tidak kisah bergandingan dengan mana-mana pemain di bahagian serangan kerana apa yang penting memastikan taktikal permainan dapat dijayakan.
"Tidak kisah dengan siapa saya bermain, kami semua pemain profesional dan kami telah cukup lama berlatih bersama untuk saling memahami permainan masing-masing,” katanya yang menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Taiwan 1-0 pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026, November lepas.
Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Shahrul Mohd Saad berkata, jaringan awal berdepan Bahrain yang diberi julukan ‘Dilmun’s Warriors’ akan mencerahkan peluang Malaysia meraih kemenangan.
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 30 tahun itu turut menyimpan impian untuk mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu.
"Sudah semestinya (jaring gol), sebagai pemain kita mesti nak dapatkan sesuatu untuk diri sendiri dan saya merasakan tahun ini mungkin tahun terakhir saya bermain untuk kempen Piala Asia, kita tak tahu apa akan jadi pada edisi seterusnya dan umur saya pun sudah bertambah,” katanya.
Sebagai rekod, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan terakhir sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan Bahrain menang 2-1 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2022.
Bahrain merupakan pasukan ranking ke-86 dunia sementara Malaysia di posisi 130.
Selepas aksi bertemu Bahrain, skuad bimbingan Kim Pan-gon itu akan menutup saingan kumpulan dengan berdepan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari. - Bernama
........
Komen: ........
Sebagai rekod, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan terakhir sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan Bahrain menang 2-1 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2022.
Bahrain merupakan pasukan ranking ke-86 dunia sementara Malaysia di posisi 130.
Selepas aksi bertemu Bahrain, skuad bimbingan Kim Pan-gon itu akan menutup saingan kumpulan dengan berdepan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment