NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS ambil alih tempat Umno di hati rakyat




KOTA BHARU: Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan mengekal sikap sombong, mempertahankan jajaran baru dan mengheret parti itu semakin jauh daripada naluri orang Melayu dan Islam.


Bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, pemecatan ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil boleh menggambarkan bentuk Umno era sekarang.

Katanya Umno akan terus terjerat dalam mainan presidennya sendiri yang kekal dalam sindrom penafian.

“Umno pimpinan Zahid lambang kejayaan terbesar DAP dan PKR, sekali gus menguburkan parti itu buat selamanya.

“Mereka tidak akan mendengar isyarat daripada orang Melayu dan umat Islam, malah lebih bersedia melipatgandakan usaha menjual naratif pro liberalisme, pluralisme dan sosialis DAP,” katanya yang juga AJK PAS Pusat pada kenyataan di laman sosialnya.

Kata beliau juga kelompongan politik Melayu Islam yang ditinggalkan Umno boleh diisi bersama dengan dokongan kuat rakyat seperti dibuktikan pada pilihanraya lalu.

Menurutnya PAS, PERIKATAN NASIONAL (PN) dan NGO yang sealiran menumpukan perhatian mengukuhkan muafakat di akar umbi termasuk bersama ahli Umno untuk memantapkan solidariti politik orang Melayu dan umat Islam.

Annuar juga berkata, PAS terus istiqamah dengan dasar kesederhanaan, terbuka, mendahulukan muafakat serta prinsip Islam dalam bertaawun, bertahaluf dan bertaayush.

“PN sudah mengambil alih peranan BN dan PAS sudah mengambil alih tempat Umno di hati rakyat.

“Masanya sekarang untuk bergerak mengisi aspirasi rakyat. Lupakan mereka yang bersama politik kleptokrasi, kakistokrasi, manipulasi serta dasar dasar pluralis dan liberalis,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/12/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo