NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes baharu Covid-19 naik 57% kepada lebih 3,600 minggu lepas

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata, ketika ini, terdapat 8 kluster aktif membabitkan 121 kes telah dikesan.



PETALING JAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 minggu lepas meningkat sebanyak 57.3% kepada 3,626, daripada 2,305 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, 48% kes baharu adalah dalam kalangan individu berusia antara 20 dan 40 tahun, dan 98% hanya mengalami gejala ringan.

“Kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3%.

“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, namun keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam kemas kini bagi minggu berakhir 25 Nov.

Tambahnya, petugas kesihatan awam mahupun swasta telah diminta agar sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 dan lebih peka dengan pesakit-pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut, terutama golongan berisiko tinggi.

Radzi berkata, ketika ini, terdapat lapan kluster aktif membabitkan 121 kes.

Sementara itu, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat sebanyak 2.9% bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding minggu sebelumnya.

Pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4%, dengan pengisian katil bukan kritikal Covid-19 sebanyak 0.9%, tambahnya.

Empat varian Omicron baharu turut dilaporkan, semuanya diklasifikasikan sebagai varian dibimbangi (VOC).

Radzi berkata, dua kes varian Omicron baharu, BA.2.86, telah dilaporkan melalui aktiviti saringan gejala di klinik kesihatan.

“Kedua- dua kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum gejala. Mereka dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil,” katanya.

Sehingga kini, menurutnya, hampir 46 negara telah melaporkan kes varian BA.2.86, yang diklasifikasikan sebagai varian perlu perhatian (VOI). Tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan membabitkan varian ini, tambahnya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo