NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kebajikan warga Felda dipinggir selepas dianggap konglomerat korporat



SHAH ALAM - Kebajikan dan kesejahteraan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa telah dipinggirkan selepas dianggap sebagai konglomerat oleh pengurusan tertingginya.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berkata, jika pemikiran pengurusan tertinggi terus menghala ke arah korporat, ia menyebabkan asas penubuhan dan matlamat asal Felda tidak lagi dilihat penting.

“Dah lima tahun UMNO-BN tidak jadi kerajaan tapi macam tidak ada tambah baik terhadap Felda dan warganya.

“Kerajaan Perpaduan dan pengerusi baharunya belum kesempatan lagi untuk memahami permasalahan baharu empat tahun Felda dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.

Shahir yang juga veteran UMNO itu berkata, pengurusan tertinggi Felda pula tidak boleh membantu kerana mereka melihat Felda sebagai sebuah korporat konglomerat dan bukan lagi sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab sosio-ekonomi.

“Felda dianggap oleh pengurusan tertingginya sebagai sebuah konglomerat korporat kerana menguasai dua buah Syarikat Senaraian Awam (PLC) - FGV Holdings Bhd (FGV) dan Encorp Bhd dan dipinggirkan kebajikan serta kesejahteraan warga Felda.

“Kalau pemikiran pengurusan tertinggi sudah terhala ke arah korporat, asas penubuhan dan matlamat asal Felda tidak menjadi penting,” ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo