NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham tak akan rayu keputusan dipecat Umno

Isham Jalil lantang mengkritik kepimpinan Umno yang bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya.



PETALING JAYA: Isham Jalil menegaskan beliau tidak akan merayu keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang memecatnya daripada parti.

Bercakap kepada FMT, bekas ketua penerangan Umno itu berkata tiada guna untuknya merayu kerana percaya keputusan berkenaan dibuat Presiden Zahid Hamidi.

“Tidak (tak akan merayu) sebab saya tahu saya merayu pun tak guna.

“Presiden telah buat keputusan untuk pecat saya,” katanya mengulas keputusan MKT Umno malam tadi yang memecatnya, susulan kritikan hebat terhadap Zahid dan kepimpinan parti.

Menurut sumber, antara kesalahan ahli MKT itu termasuk mendesak Zahid meletak jawatan serta berdebat, mengeluarkan label “barua” DAP dan tidak hadir mesyuarat.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Ahli MKT Ahmad Maslan mengesahkan Isham dipecat daripada Umno.

Bagaimanapun, Isham memaklumkan belum menerima surat pemecatan itu sehingga kini.

“Yang saya tahu mereka telah keluarkan saya dari ‘WhatsApp group’ Majlis Tertinggi Umno malam semalam,” katanya.

Semalam, Zahid dilaporkan mencabar Isham supaya hadir ke mesyuarat MKT malam tadi, untuk membantah kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, Isham kekal dengan pendirian untuk tidak hadir ke mesyuarat itu malah mencabar Zahid berdebat secara terbuka berhubung krisis dan masa depan Umno, susulan siri kekalahan dihadapi parti itu sejak PRU15.

Susulan kekalahan Umno pada PRK Kemaman, Sabtu lalu, Isham melancarkan kritikan terhadap pimpinan Umno yang mendakwa parti itu terus menerima penolakan orang Melayu kerana sudah tersasar daripada memperjuangkan Melayu dan Islam, serta rela menjadi “barua” DAP.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo