NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Faktor kaum majoriti pengaruhi jawatan PM – Tun M

Ahli Politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang (kiri) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).


  • Faktor kaum majoriti mempengaruhi kedudukan individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat untuk seseorang menyandang jawatan itu mesti dipegang Ahli Parlimen, yang mana menurut pandangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), mendapat sokongan majoriti ahli lain, ia tidak menafikan dinamik kaum yang mempengaruhi jawatan Perdana Menteri disandang dari kaum majoriti.
  • “Sejak mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri Di Singapura, mesti seorang berbangsa Cina. Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), mengakui pemimpin bukan berbangsa Cina berdepan kesukaran diterima daripada kalangan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada etnik berkenaan.
  • “Oleh itu, Perdana Menteri di Singapura mesti seorang yang berbangsa Cina,” kata beliau dalam satu ciapan di X pada Isnin.
  • Terdahulu, media melaporkan ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang menyuarakan harapan agar Malaysia tidak menunggu hingga 230 tahun bagi mempunyai Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu.

KUALA LUMPUR – Faktor kaum majoriti mempengaruhi kedudukan individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat untuk seseorang menyandang jawatan itu mesti dipegang Ahli Parlimen, yang mana menurut pandangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), mendapat sokongan majoriti ahli lain, ia tidak menafikan dinamik kaum yang mempengaruhi jawatan Perdana Menteri disandang dari kaum majoriti.

“Sejak mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri Di Singapura, mesti seorang berbangsa Cina. Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), mengakui pemimpin bukan berbangsa Cina berdepan kesukaran diterima daripada kalangan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada etnik berkenaan.

“Oleh itu, Perdana Menteri di Singapura mesti seorang yang berbangsa Cina,” kata beliau dalam satu ciapan di X pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang menyuarakan harapan agar Malaysia tidak menunggu hingga 230 tahun bagi mempunyai Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu.

Mengulas lanjut tentang isu Perdana Menteri bukan Melayu itu, Dr Mahathir memberi contoh situasi di Pulau Pinang yang mana satu ketika dulu UMNO mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri terbanyak, namun masih memberi peluang kepada Parti GERAKAN untuk mentadbir negeri itu ketika bersama-sama dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

“Pulau Pinang tidak pernah memiliki Ketua Menteri yang bukan dari kalangan Cina.

“Walaupun keseimbangan kaum mendukung bukan Melayu, namun ketika UMNO memiliki jumlah kerusi terbesar di bawah Barisan Nasional, ia memberi peluang kepada GERAKAN,” katanya.

Dr Mahathir berkata meskipun orang Melayu kini dipecahkan mengikut fahaman politik yang berbeza, namun mereka masih merupakan kaum majoriti di negara ini.

“Hingga dan kecuali jika majoriti Melayu berasa mereka dapat menerima seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, keadaan akan tetap seperti sebelumnya,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo