NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU 2023 tanpa GEG: Kerajaan perlu lebih tegas




KUALA LUMPUR
: Larangan orang belum dewasa merokok menjadi antara tujuan utama selepas pengguguran generasi penamat (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Dato’ Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, akhirnya perkara tersebut dapat mengurangkan jumlah perokok dan penyakit akibat dari merokok.

“Antara fokus GEG ini digugurkan ialah bagaimana untuk mengelakkan generasi belum dewasa ini sebaiknya mereka tidak akan merokok selepas mereka dewasa.

“Akhirnya jumlah perokok akan berkurangan dan penyakit akibat komplikasi merokok juga dapat dikurangkan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan juga perlu lebih tegas dalam soal pemilikan perkara berkaitan rokok kepada golongan belum dewasa.

“Tindakan melalui penguatkuasaan juga perlu, seperti ada dalam kalangan anak-anak yang hanya mahu cuba-cuba itu juga tidak akan merokok kerana mereka akan dikenakan tindakan,” katanya. .  HARAKAHDAILY 30/11/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo