NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Dijanjikan jawatan tinggi jika bantu Mr H' - Abdul Wahab

BANGI - Penolong pegawai di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama Mr H untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Abdul Wahab berkata, komplot itu didalangi oleh Mr H yang merupakan antara individu berjawatan tinggi dalam J-KOM.

Ujarnya, Mr H turut menjanjikan dia jawatan tinggi dalam J-KOM sekiranya membantu untuk merakam perbualan video bersama Mohammad Agus.

"Sekitar November 2023 saya berjumpa Mr H di pejabat beliau. Bermula daripada situ beberapa pertemuan di aturkan Mr H termasuklah saya dibawa ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan hotel sekitar kuala lumpur untuk berjumpa dengan individu-individu yang di sebut oleh Mr H sebagai berpengaruh.

"Semasa pertemuan saya dengan Mr H, saya telah diberitahu kononnya beliau telah mendapat info daripada pihak tertentu bahawa Mohammad Agus terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral.

"Mr H turut meyakinkan saya bahawa beliau disokong oleh beberapa individu berpengaruh yang ingin menjatuhkan Mohammad Agus di mana Mr H menunjukkan kepada saya perbualan Whatsapp beliau bersama beberapa individu berpengaruh yang menyokong beliau," katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Pada Khamis, satu video mirip Mohammad Agus tersebar di media sosial menerima kecaman pelbagai pihak. 

Ulas Abdul Wahab, perbualan video yang dirakam itu hakikatnya adalah kandungan yang tidak mempunyai audio.

Bagaimanapun, jelasnya, dia terkejut apabila mendapati rakaman video tersebut telah disebarkan menerusi satu akaun Facebook. 

"Lebih mengejutkan lagi, rakaman video tersebut telah disunting dan diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknik 'voice over' bagi menunjukkan seolah-olah saya dan Datuk terlibat di dalam aktiviti yang jelek dan tidak bermoral.

"Saya ingin menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu, direka dan tidak benar," ujarnya.

Jelasnya, dia telah menyerahkan kepada peguam senarai nama individu-individu yang terlibat di dalam komplot tersebut termasuk beberapa orang individu yang memegang jawatan tinggi di dalam J-KOM.

Mohammad Agus pada Khamis mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Sinar Harian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo