NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO angkuh, tolak penyatuan, Takiyuddin bidas Tok Mat



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan didakwa mereka-reka cerita palsu dengan mendakwa PAS sebagai pengkhianat.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad membidas Mohamad atau dikenali Tok Mat itu supaya tidak memusingkan fakta untuk menyalahkan parti tersebut dan mengingatkannya berhubung pengkhianatan sumpah “No Anwar, No DAP sebelum ini”.

“Dalam PAU (Perhimpunan Agung) 2020, UMNO menyatakan pendirian, ‘No Bersatu, No Anwar, No DAP”.

“Dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka, UMNO menyatakan pendirian tiada kerjasama dengan Bersatu mahupun PAS. Dalam PRN Johor, UMNO terus angkuh dan memilih bergerak solo.


“UMNO juga menolak penyatuan yang kita tawarkan dalam menghadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum). Kononnya parti keramat terbesar orang Melayu itu mampu bergerak sendiri. Hasilnya, UMNO terciduk ditolak rakyat. Tiba-tiba PAS yang salah?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji kepada akar umbi tiada kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga DAP, namun menukar pendiriannya untuk membentuk kerajaan campuran bersama seteru politiknya itu.

Idris berkata, PAS berkorban banyak bagi memastikan perpaduan ummah orang Islam dan Melayu, bagaimanapun UMNO semakin angkuh dan ego.

“UMNO kian terdesak. Terdesak sehingga Tok Mat terpaksa mereka-reka naratif palsu menuduh PAS khianat.

“Pengkhianat inilah yang menghulur tangan waktu UMNO kalah PRU-14. PAS bahkan elak pertembungan kerusi dengan UMNO. Cara nak berkawan.

“PAS mengalah demi Penyatuan Ummah sehingga UMNO menang satu demi satu PRK. Demi kawan. Bagi PAS, kejayaan Penyatuan Ummah lebih mahal. PAS mengalukan semua yang ingin berkawan atas dasar Penyatuan Ummah.

“Syarat PAS mudah, Penyatuan Ummah ini perlu disertai semua parti Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem,” ujarnya lagi.

Tegas Idris lagi, UMNO ditolak rakyat kerana pemimpin mereka yang lupa diri dan hanya mementingkan diri.

“Sedangkan UMNO memilih untuk tetap mengalir dalam air yang keruh sehingga sanggup bersama PH-DAP.

“Sedarlah. UMNO bukan kalah kerana PAS tetapi kerana pimpinan UMNO yang lupa diri. Kerana Presiden UMNO yang pentingkan diri. Ahli UMNO perlu sedar perkara ini,” ujarnya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo