NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Kelantan perkenal 18 manifesto



TANAH MERAH - Perikatan Nasional (PN) Kelantan memperkenalkan 18 manifesto melibatkan 96 program untuk kemajuan semua peringkat rakyat.

Pengerusi PN negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.

Beliau berkata, melalui program itu, antara perkara yang ditawarkan kepada rakyat termasuk kepentingan sosioekonomi, wanita, belia, orang kurang upaya (OKU) dan sumber manusia.

"Tumpuan utama kita ialah menjadikan negeri Kelantan sebagai hab pertanian sesuai dengan negeri Kelantan yang terkenal mengeluarkan hasil penternakan terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Kelantan Maju Rakyat Sejahtera (Manifesto PRU Dewan Negeri Kelantan ke-15) pada Isnin.

Selain itu katanya, PN juga mahu memanfaatkan sebaik mungkin sumber yang ada di negeri ini.

"Kita juga mahu bertukar daripada hasil hutan dan mencari hasil baharu iaitu mineral," katanya.

Ahmad turut memberitahu, kesemua program yang disenaraikan dalam buku manifesto bukan cakap kosong dan retorik tetapi akan dilaksanakan berdasarkan keupayaan.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, usaha kerajaan Kelantan beberapa tahun lalu membawa kepada pembinaan beberapa bandar baharu dan kawasan perumahan untuk generasi kedua Felda.

"Kelantan memberi fokus kepada sumber manusia, dan sumber manusia, dua tiga bandar sudah dalam pelaksanaan dan beberapa lagi sedang dirancang," katanya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo