NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH



Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mengkritik tindakan polis yang dianggap tidak wajar menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada jam 3 pagi tadi.

Sim Tze Tzin yang merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru berkata penahanan itu tidak sepatutnya dilakukan pada tengah malam.

“Sanusi seorang Menteri Besar. Beliau bukan suspek yang akan melarikan diri. Penangkapan boleh dijalankan awal pagi atau petang. Tak wajar dilaksanakan tengah malam.

“Kita menghormati institusi bidang kuasa PDRM yang bebas dan profesional. Walau bagaimana pun, SOP tangkapan polis harus dijalankan dengan lebih baik. Tangkapan pada pukul 3 pagi bukanlah satu tindakan yang wajar,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Awal pagi tadi, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Beliau ditahan sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sanusi didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini dengan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik kerajaan campuran namun beliau mengaku tidak bersalah serta dibicarakan.

Dalam pada itu, Sim yang juga bekas Pengarah Strategi PKR berpendapat SOP polis yang ditetapkan zaman darurat wajar dikaji semula sejajar dengan prinsip Malaysia Madani yang didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo