NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayuan sabitan, hukuman Siti Bainun didengar 12 Okt

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah mengabai serta menganiaya seorang remaja penghidap sindrom Down antara Februari dan Jun 2021. 


KUALA LUMPUR: Rayuan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan penghidap sindrom Down akan didengar pada 12 Okt ini.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas berkata, tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar pada prosiding pengurusan kes hari ini.

“Bagaimanapun, petisyen rayuan masih belum diterima dan mahkamah menetapkan 14 Sept untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Peguam Fatin Syaza Irdina Muhamad Eddin Syazri, yang mewakili Siti Bainun, mengesahkan tarikh pendengaran itu.

Pada 23 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.

Siti Bainun, 31, diarah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi pada 3 Mei lepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu. Siti Bainun turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Tertuduh juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Siti Bainun didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas remaja berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021,


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo