NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tutup 21 jalan sempena upacara 'meranduk api'

Gambar hiasan


Butterworth: Polis menutup 21 jalan di daerah ini secara berperingkat bagi memberi laluan sempena upacara keagamaan meranduk api yang berlangsung selama empat hari bermula esok hingga Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata upacara bagi penganut agama hindu itu diadakan di Kuil Sree Maha Mariamman, di sini.

Menurutnya, dalam upacara berkenaan akan terdapat perarakan membawa pedati termasuk pembinaan khemah sementara yang didirikan sepanjang laluan bagi menyediakan makanan dan minuman secara percuma (panthal).


"Oleh yang demikian, ia akan menyebabkan aliran trafik di kawasan itu sesak dan menasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya,laluan yang ditutup pada upacara yang akan bermula esok membabitkan Jalan Mengkuang, Jalan Kampung Paya, Jalan Raja Uda dan Jalan Bagan Ajam bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

"Kemudian upacara itu akan diteruskan pada jam 12 tengah malam hingga 2.30 pagi Khamis dengan laluan yangditutup adalahJalan Thambi Kecil, Jalan Kampung Gajah dan Jalan Jetty Lama.

"Seterusnya pada Jumaat jam 5 petang hingga 12 tengah malam, Jalan Jetty Lama, Jalan Telaga Air, Jalan Permatang Pauh, Jalan Bagan Lalang, Lorong Mak Mandin 5 dan Jalan P Patto akan ditutup untuk upacara seterusnya.

"Upacara perarakan akan berakhir pada jam 2.30 pagi Sabtu yang laluan ditutup membabitkan Jalan Telaga Air, Jalan Kampung Benggali, Jalan Heng Choon Tiam dan Jalan New Ferry," katanya.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo