NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan NATO di Asia Pasifik boleh cetuskan perang – China

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan China semalam memberi amaran mengenai ‘pembentukan pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Asia-Pasifik’ boleh mencetuskan konflik, malah peperangan di rantau tersebut.

Menterinya, Li Shangfu membuat kenyataan tersebut selepas kapal tentera China dan Amerika Syarikat (AS) berlayar berhampiran di Selat Taiwan.

“Percubaan untuk membentuk pakatan NATO di Asia Pasifik boleh disamakan seperti ‘menculik negara serantau dan memburukkan konflik serta konfrontasi sedia ada’.

“Pakatan itu hanya menyebabkan rantau ini dipenuhi dengan konflik dan ketidakstabilan,” katanya.

Shangfu tidak menyebut mana-mana negara yang didakwa cuba membentuk pakatan tersebut, namun banyak pihak beranggapan China merujuk kepada AS.

Hal ini kerana, AS sebelum ini cuba mencari sekutu di Asia Pasifik apabila menjadi anggota kerjasama Australia dan United Kingdom (AUKUS).

Selain itu, Shangfu juga menegaskan Asia Pasifik memerlukan kerjasama yang terbuka dan inklusif, bukannya ‘terikat dengan skala kecil’.

“Kita tidak seharusnya lupa dengan bencana besar yang berlaku akibat dua perang dunia terhadap penduduk dunia sebelum ini.

“Sehubungan itu, kita jangan biarkan perkara tersebut berulang,” ujarnya. – AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo