NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan Bak Kut Teh sebagai makanan rasmi Malaysia suatu tindakan kurang ajar

Semalam baru sahaja kecoh berita mengenai ahli parlimen kerajaan yang telah mencadangkan agar sup tulang babi Bak Kut Teh diangkat menjadi makanan kebangsaan secara rasmi. 

Bagi sesetengah orang, ianya nampak seperti cadangan bodoh yang bersahaja secara 'permukaannya' tetapi apabila jika diteliti lebih mendalam, sebenarnya ianya KURANG AJAR.

Ternyata dengan mencadangkan sup tulang babi diangkat sebagai makanan kebangsaan ini memang menunjukkan betapa tidak sensitivitinya beliau terhadap masyarakat umum di Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan Islam sebagai agama Persekutuan. 

Dengan mengisytiharkan sesuatu itu sebagai 'perkara ikonik' kebangsaan di peringkat antarabangsa, maka ianya adalah pendirian bahawa "inilah identiti rasmi negara" - termasuklah makanan. 

Apakah sebenarnya YB Jimmy mahu mengangkat sesuatu yang haram seperti babi sebagai sebahagian dari identiti rasmi negara Islam (Malaysia)? 

Apakah ini merupakan satu usaha halus untuk menghina negara yang akhirnya menghakis imej dan kedudukannya sebagai sebuah negara Islam yang sohor? 

Saya tidak boleh bayangkan jika ini menjadi kenyataan. Mana kita nak letak muka di hadapan saudara-saudari kita dari negara-negara Islam? Pastinya akan menjadi bahan jenaka yang menghinakan.

Apakah jika ini jadi kenyataan, akan ada banyak lagi yang haram akan menjadi ikon kebangsaan? 

Arak tempatan mana pula yang boleh dinobat sebagai minuman kebangsaan?

Judi apakah yang boleh dinobat sebagai permainan kebangsaan?

Begitu?

Aminuddin Yahaya
8 Jun 2023

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1111255/cadangan-jadikan-sup-tulang-babi-makanan-kebangsaan-cetus-riuh-di

---
Ikuti saya di Telegram: t.me/AminuddinYahaya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo