NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video rombongan Jokowi lalu jalan rosak tular di media sosial

Video tular kenderaan yang membawa Jokowi melalui jalan raya di Lampung, Sumatera, Indonesia. - Foto Agensi


JAKARTA - Video Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang melakukan lawatan singkat di Lampung, wilayah selatan Sumatera bagi memeriksa infrastruktur telah menjadi tular selepas rombongan kenderaan dinaiki beliau melalui jalan raya yang rosak teruk di kawasan tersebut.

Malah, ramai warganet terkejut dengan keadaan jalan raya berlubang besar akibat tar pecah dan digenangi air yang dikhuatiri akan membahayakan penggunanya.

Membalas kritikan ramai, Jokowi dilaporkan bergegas membuat lawatan dengan melalui jalan Ryacudu, Desa Bandar Agung Lampung Selatan pada 5 Mei lalu bagi melihat sendiri masalah yang timbul akibat jalan rosak itu.

"Pagi ini saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Radin Inten II bagi tujuan lawatan kerja di Lampung dengan Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Menteri Perusahaan serta Menteri Perdagangan.

"Setelah dilihat memang wujud jalan rosak teruk terutama laluan kenderaan perdagangan yang akan mengganggu aliran komoditi dan orang ramai yang dibimbangi membantutkan ekonomi setempat sekali gus tidak dapat bersaing dengan wilayah atau negara lain," katanya

Jokowi menambah, beliau menggesa pihak yang berkaitan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah jalan rosak yang mungkin membahayakan orang ramai.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo