Tidak dinafikan segelintir masyarakat di Malaysia ini mula merasakan beban apabila kos sara hidup mula meningkat.

Perkara ini adalah disebabkan beberapa harga barangan seperti makanan mula meningkat hingga menyebabkan masyarakat khususnya B40 terkesan.

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan agar masyarakat dengan pendapatan kecil seperti B40 masih dapat membeli makanan yang berkualiti dan sihat.

Petai berharga RM113.90 jadi perhatian

Terbaharu, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @ladyrara017 memaparkan beberapa bekas petai dengan tanda harga yang begitu mahal dipercayai di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan, perakam tersebut berasa terkejut dan keliru apabila melihat petai yang dijual dalam satu bekas berharga RM113.90.

Malah jika dilihat, berat petai yang sudah dikupas kulitnya itu dipercayai tidak melebihi daripada 300g.

Bimbang jika tersalah lihat, petai mungkin kualiti premium

Pemilik video turut tertanya-tanya adakah dia tersilap melihat harga petai tersebut kerana ia sangat mahal.

“Adakah saya tersalah tengok? Petai sangat mahal sekarang? Inflasi,” tulisnya.