NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tip dan panduan ringkas beli rumah lelong

HARGA rumah baharu yang semakin tinggi menyebabkan ramai individu yang ingin memiliki rumah menerokai pilihan yang lain.

Selain daripada rumah subsale atau rumah terpakai, rumah lelong juga antara pilihan yang untuk memenuhi impian memiliki rumah sendiri kerana harga rumah tersebut mungkin boleh dimiliki pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Walau bagaimanapun, banyak yang perlu dipelajari sebelum seseorang itu meletakkan deposit 10 peratus untuk menjadi pembida supaya wang tersebut tidak hangus begitu sahaja.

Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi berkongsi panduan mengenai apa yang perlu dilakukan jika berminat membeli rumah lelong.

Apa itu rumah lelong?

Terdapat pelbagai jenis rumah lelong tetapi fokus panduan ini pada rumah lelong yang pemiliknya tak membayar ansuran bulanan daripada bank.

Apabila pembeli atau pun peminjam tidak membayar ansuran bank, bank boleh menggunakan hak mereka ke atas rumah tersebut untuk menjual rumah terbabit melalui kaedah lelongan melalui pelelong.

Bank tidak akan bimbang jika rumah tersebut dijual pada harga yang lebih rendah asalkan mereka mendapat kembali baki pembiayaan mereka.

Namun, kadang-kadang bank mungkin terkesan kerana ada kemungkin harga lelong tersebut adalah lebih rendah daripada baki hutang peminjam.

Jika ini berlaku, pembeli akan untung kerana dapat membeli rumah rendah daripada harga pasaran.

– Beza rumah lelong dengan rumah cashback

Terdapat perbezaan nilai pasaran antara rumah lelong dan rumah cashback (pulangan duit yang kita dapat selepas pembelian rumah).

Nilai pasaran boleh dilihat dari beberapa bahagaian iaitu daripada bank, pemaju dan harga rumah tersebut yang sebenar semasa dijual.

Sebagai contoh, seseorang itu dapat rumah lelong pada harga RM300,000, namun nilai pasaran oleh pihak bank adalah pada RM500,000. Nilai pembelian tersebut akan direkodkan.

Berbeza dengan rumah cashback, pulangan wang yang diterima adalah melalui peguam dan tidak direkodkan dan apa yang direkodkan hanya adalah harga perjanjian jual beli (SPA).

Oleh itu, bagi pendapatan saya, bagi mendapatkan nilai yang sebenar rumah adalah melalui rumah lelong.

– Perlu banyak buat kajian sendiri

Berbeza dengan membeli rumah dengan ejen atau pemaju, mereka akan membimbing pembeli kerana mereka mahu menjual rumah mereka.

Pembeli boleh sertai kumpulan-kumpulan yang membeli rumah lelong yang boleh berkongsi informasi mengenai kawasan yang baik untuk membeli rumah.

– Pengisytiharan Jualan (POS)

Dapatkan POS daripada pelelong untuk dapatkan informasi mengenai rumah yang akan dilelong.

Dengan maklumat yang ada, pembeli boleh membuat carian geran ke atas hartanah tersebut seperti alamat, tempoh pajakan dan sebarang syarat-syarat nyata.

Pembeli boleh memeriksa sama ada hartanah tersebut masih lagi di bawah pemaju atau pemaju tersebut sudah bankrap atau sebagainya.

– 10 peratus deposit yang tidak dikembalikan

Pendahuluan 10 peratus deposit tidak akan dikembalikan sekiranya gagal membuat pembayaran hutang 90 peratus dalam masa 90 hingga 120 hari.

Bank ada hak untuk tidak memberi pinjaman.

– Hartanah pegangan pajakan

Periksa tempoh pajakan rumah tersebut kerana bank mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang mana jika tempoh gadaian adalah pendek, mungkin mereka tidak akan memberi pinjaman atau pinjaman diberikan pada tempoh yang singkat.

– Hartanah ada Kaveat Persendirian

Kaveat Persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh individu atau badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi menyekat atau menghalang sebarang urus niaga tanah itu, termasuk dipindah milik dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.

Oleh itu, proses pertukaran nama ini akan menjadi lambat dan bank tidak akan suka mengenai perkara ini.

Kalau pembeli menang bidaan rumah lelong yang ada Kaveat Persendirian dan pinjaman bank telah diluluskan, namun bank masih ada hak untuk tidak melepaskan wang terbabit untuk membeli hartanah tersebut dan boleh tarik semula pinjaman.

Jika tidak pasti bagaimana untuk membuat pemeriksaan mengenai status rumah, pembeli boleh meminta bantuan peguam untuk berbuat demikian sebelum membuat bidaan.

– Turun padang dan lihat sendiri hartanah tersebut

Apabila sudah mendapat POS, tentu alamat hartanah tersebut sudah anda miliki.

Lihat kawasan sekitarnya sama ada terletak di kawasan yang berhampiran loji kumbahan, kubur atau sebagainya.

Selain itu, tanya jiran-jiran berhampiran mengenai rumah terbabit sama ada terdapat masalah di rumah itu atau pun ada kes jenayah seperti kes bunuh.

– Bank tidak bertanggungjawab untuk beri rumah yang kosong

Sebarangan kerosakan yang ada dalam rumah tersebut adalah bukan tanggungjawab pihak bank.

Terdapat juga kes yang mana masih ada orang yang tinggal di dalam rumah lelong yang telah dibeli dan untuk menyuruh mereka keluar dari rumah tersebut bukannya sesuatu yang mudah.

Ada dua cara untuk minta penghuni keluar, pertama adalah dengan membayar sejumlah wang kepada mereka dan minta mereka keluar.

Kedua adalah dengan mendapatkan arahan mahkamah untuk paksa penghuni itu keluar dan ini juga memerlukan wang serta mengambil masa. – UTUSAN


( Hide )
  1. Datuk Yip Kum Fook (peguam) di Kepong membuat agama Buddha di Malaysia malu kerana menghina sami Buddha atau ajaran Buddha, dia tidak tahu membuat kesilapan dalam agama Buddha dan peraturan yang salah dalam negara, kini ramai yang mentertawakan pada dia, dia akan membawa karma ini selama-lamanya dalam hidupnya

    Datuk yip kum fook dan Simon Low Kok Meng menggunakan polis dan samseng untuk mengganggu orang ramai dan sami Buddha di Taman desa jaya, Kepong....sekarang orang dan sami mengganggu kembali di internet, dan sesiapa sahaja boleh menyelidik internet tentang Datuk Yip Kum Fook

    Hari ini ramai yang bergosip dan berkongsi tentang Datuk Yip Kum Fook dan Simon Low Kok Meng kerana mereka mengeluarkan sami Buddha dari Samnak Sambodhi (Taman Desa Jaya, Kepong) mereka tidak akan senang tinggal di kawasan Kepong dan hari ini ramai orang tahu apa mereka melakukan di belakang

    Kami berharap semua orang berhati-hati dan menjauhi mereka, mereka akan menggunakan anda seperti binatang, mereka telah menggunakan anda kemudian mereka akan membuang anda

    Brother Lee, taman desa jaya, kepong

    ReplyDelete
  2. Kami ingin memaklumkan kepada semua orang di kawasan Kepong & Selayang tentang keberadaan Datuk Yip Kum Fook, kerana lelaki ini sangat jahat dan menipu orang semasa menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong...dia memang bangga dengan diri sendiri dan terganggu mereka yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual makanan di tepi jalan, dia selalu menelefon DBKL untuk mengganggu orang dan meminta wang.

    Kami faham kenapa anda perlukan wang kerana anda hanya menjalankan kedai perabot di sudut Taman Daya berhampiran Taman Desa Jaya....anda dapat duit dari orang ramai dan mengganggu mereka tanpa segan silu dari Allah (Tuhan)

    Sekarang ramai orang menyiarkan dan berkongsi maklumat anda di laman web internet supaya semua orang tahu tentang anda tetapi memberi wang kepada seseorang untuk memadamnya, adalah pemikiran yang buruk dalam ajaran agama.

    Rumah aku dekat rumah Simon Low Kok Meng dan kedai perabot kau, tempat tu kuil Hindu tapi kau bakar habis, kuil Hindu kena pindah ke lokasi lain.

    Dari …Fatt, kedai makan, Jalan besar kepong

    ReplyDelete
  3. DATUK YIP KUM FOOK akan menderita dan tidak bahagia di masa hadapan kerana dia melakukan dosa besar pada masa lalu, dia menghina Sangha dan menghalau Sangha dari Kuil Buddha, Tuhan dapat melihat apa yang kamu lakukan

    Anda seorang Buddha dan seorang peguam tetapi jika anda tidak tahu apa itu Buddhisme dan prinsip-prinsip Buddhisme, anda akan menderita dan dalam hidup ini, anda adalah satu kesilapan. Anda menipu segala-galanya untuk orang dalam hidup anda untuk wang dan wanita

    Simon Low Kok Meng bantu Datuk Yip bawa maklumat, Simon Low tak kerja, tipu merata tempat, Kerajaan Malaysia perlu cari maklumat dan butiran profilnya

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo