NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit merudum, Malaysia berdepan masalah besar – Kit Siang


KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu sedar bahawa Malaysia sedang berdepan masalah besar, seperti yang digambarkan oleh nilai semasa ringgit ketika ini.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, pada 1965, nilai ringgit adalah sama dengan dolar Singapura.

Namun, menurut beliau, kini nilai ringgit menyusut kepada RM3.40 berbanding dolar Singapura.

“Adakah ia kerana Singapura mempunyai lebih ramai bakat dan pekerja berkemahiran berbanding Malaysia?

“Tidak boleh jadi begitu kerana kerana Singapura menjadi negara yang hebat pada masa ini kerana rakyat Malaysia yang berbakat dan berkemahiran berhijrah ke republik berkenaan untuk mencari rezeki,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang turut meningatkan bahawa, Malaysia kini ketinggalan berbanding negara-negara lain seperti Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Vietnam.

“Jika kita tidak meningkatkan prestasi, lebih banyak negara akan berada di hadapan kita,” jelasnya.

Kit Siang percaya negara ini boleh diselamatkan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun.

“Ini adalah peluang terakhir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara kelas kedua dan seterusnya merosot menjadi negara kelas ketiga yang gagal seperti Sri Lanka dan Zimbabwe menjelang 2057,” katanya. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo