NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH banyak lempar fitnah, tak ikut perundangan -Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang berucap dan merasmikan buku Jejak Nabi Muhammad SAW dan menyampaikan syarahan perdana pada program Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN/ AMIR KHALID


KUALA LUMPUR: Pas yakin bahawa dakwaan yang dilemparkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selama ini hanyalah fitnah semata-mata. 

Menyifatkan ia sebagai pendakwaan terpilih, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu turut diakui pemimpin PKR, Hassan Abdul Karim sebelum ini yang juga dilihat tidak bersetuju dengan beberapa tindakan kerajaan pada hari ini. 

Oleh sebab itu, tegas Abdul Hadi, tindakan kerajaan terhadap Bersatu itu tidak langsung menjejaskan hubungan kerjasama dalam PN kerana wujud keyakinan terhadap setiap laporan yang dibentangkan dalam mesyuarat gabungan parti berkenaan. 

“Memang kita dengan Bersatu terbuka kerana di sana ada gabungan Perikatan Nasional (PN). Ada laporan dalam mesyuarat, sebab itu saya yakin Bersatu bersih dan berterus terang. Tujuan dakwaan itu lebih kepada fitnah bukan mengikut kaedah perundangan. 

“Kalau berani, mereka kena buktikanlah. Kita tidak mahu tuduhan sahaja kerana kita lihat Pakatan Harapan (PH) ini, kita lihat banyak melemparkan tuduhan dan fitnah. Kuasa mahkamah dihentikan, yang dah ada, cari yang baru, adakan yang baru. Apa yang disebut Yang Berhormat Hassan karim, pendakwaan secara terpilih. 

“Dalam PKR pun ada yang tidak setuju. Dia jadi terpilih sebab tidak adillah, ” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini, hari ini. 

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan yang pihaknya tidak dapat mengesahkan dakwaan parti dalam PN menerima sumbangan daripada dana judi pada pilihan raya umum tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pasir Mas dari PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Azalina turut berkata, agensi anti rasuah itu menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya Disember lalu.

Susulan daripada itu, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai siri pembohongan, sekali gus menjelaskan yang pihaknya mengambil tindakan undang-undang untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan semua pertuduhan yang dikenakan terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -UTUSAN




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo