NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persatuan Pengguna P Pinang rayu PM batal PSI



PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merayu Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menyokong sekali gus membatalkan projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI).

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata, projek itu adalah pembaziran selain menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan serta menjejas komuniti nelayan.

“Projek PSI ini akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, keterjaminan makanan, iklim, komuniti nelayan, dan demografi Pulau Pinang.

“Ini bercanggah dengan rangka kerja dasar Madani, di mana salah satu tonggaknya ialah menggalakkan pembangunan mampan,” kataya dalam kenyataan.

Katanya, projek itu menghasilkan 3.2 juta tan pelepasan karbon setahun dan melanggar komitmen Malaysia bawah Perjanjian Paris, selain berisiko mengakibatkan kemusnahan kepada kawasan perikanan penting di Pulau Pinang.

Beliau berkata, projek tiga pulau itu juga jika berjaya dilaksanakan akan membawa kepada perubahan demografi yang besar dengan komuniti nelayan tempatan dan mereka yang berada dalam bahagian B40 akan dipindahkan untuk mencari perlindungan di tempat lain.

“Tempat mereka ini akan diambil alih oleh penduduk tempatan dan warga asing yang kaya dari China, Hong Kong dan Barat. Adakah dengan memihak kepada golongan elit kaya tempatan dan asing ini selaras dengan prinsip Madani?” soalnya.

Katanya, dana kos penambakan berjumlah RM16 bilion sebaiknya digunakan untuk membantu golongan miskin dan terpinggir dari segi naik taraf penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruk lain bukan melabur untuk projek hanya membawa masalah.

“Kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan untuk menarik pelaburan di sana dan bukan mencurahkan wang ke laut bagi projek bermasalah ini,” katanya.

PSI adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.

Projek itu yang diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion selepas SRS Consortium dilantik sebagai rakan pelaksana projek (PDP) untuk PTMP pada 14 Ogos 2015.

Ia ditentang banyak pihak antaranya Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo