NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki bunuh bekas majikan bergurau beri minum air mani

Polis merampas pisau dan pakaian yang dipakai suspek ketika dia menikam mangsa. – Newsflash


BRASILIA, Brazil  – Seorang lelaki  membunuh bekas majikannya selepas mendapat tahu bahawa dia diberi minuman dicampur air mani mangsa dalam perbuatan yang dianggap sebagai gurauan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Edivan Alves Cavalcante, 49, dilaporkan mencampurkan air maninya ke dalam segelas air tebu dan memberikan minuman itu kepada pekerjanya ketika itu, Mauricio Roger Rodrigues Melo, untuk diminum.

Melo, 34, yang meminum air tersebut hanya mendapat tahu perkara sebenar  daripada rakan sekerjanya dua tahun kemudian.

Suspek dilaporkan berdendam terhadap bekas majikannya. Dia pergi ke syarikat di mana dia pernah bekerja itu pada 2 Mei lalu.

Melo menikam mangsa selepas bertengkar dengannya, demikian menurut akhbar tempatan.

Suspek kemudian  melarikan diri, namun ditahan di sebuah kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya.

Dia kemudian didakwa kerana membunuh. Kejadian berlaku di Valparaiso de Goias yang merupakan kawasan perbandaran di negeri Goias, Brazil. – Agensi 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo