NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerana Mat Said, RM5 Juta Duit Kerajaan Lesap❗

Kerana Mat Said, RM5 Juta Duit Kerajaan Lesap❗

RM5 juta bukan RM5, duit kerajaan negeri hilang begitu sahaja.

RM5 juta kalau diagihkan kepada rakyat, berapa belas ribu yang dapat manfaat.

Namun kerana bodoh sombong dan kezaliman Mat Said, kerajaan negeri hari ini jadi mangsa.

Kisahnya bermula apabila Mat Said merampas surat hak milik tanah 23 peserta Felcra Bukit Kepah, Hulu Terengganu yang diberikan hak pada zaman 1999-2004.

Mat Said beralasan kerana 23 individu itu tak undi UMNO?

Akhirnya, peserta telah membawa kes ini ke mahkamah dan dibicarakan belasan tahun untuk menyaman kerajaan negeri dan pejabat tanah kerana didakwa merampas hak mereka.

Malang buat Mat Said, kerajaan Terengganu kalah diarah supaya membayar kepada peserta sejumlah lebih dari RM5 juta.

Akibat kerja jahat UMNO Terengganu ketika memerintah, kerajaan sekarang terpaksa bayar lebih RM5 juta.

PAS bagi tanah kepada rakyat, dia tarik balik, PAS bayar saman.

Adakah rakyat Terengganu masih mahu kembali kepada UMNO?

Razak Bidin.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo