NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan dan penyokong Anwar takut Melayu bangkit?



BANGI, Sabtu – Kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan takut jika orang Melayu bersatu dan bangkit menentang dasar yang tidak memihak kepada bangsa Melayu yang dilaksanakan kerajaannnya.

Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, ketakutan semakin menjadi-jadi apabila pemimpin parti BERSATU dan PAS menyokong Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aminuddin berkata, sejak Proklamasi Orang Melayu diuar-uarkan, pelbagai kenyataan dan komen negatif dikeluarkan daripada pihak kerajaan dan penyokong tegar Perdana Menteri ke-10 itu.

“Lagi teruk, negatif yang tidak berfakta pun, hanya nak meroyan kosong sahaja.”

“Malah, ia telah menjadi mimpi ngeri kepada pihak kerajaan sehingga semua pihak termasuk ada ketua-ketua NGO didesak membuat kenyataan untuk membantah,” katanya.

Beliau turut mempersoal apakah salah kalau ada pihak yang mahu menyatukan kembali orang Melayu?

“Hanya mereka yang mati jiwa perjuangan terhadap bangsa Melayu akan membantah apatah lagi menggelupur pada proklamasi ini,” katanya.

Aminuddin turut menegaskan, sehingga kini tiada sebarang tindakan positif kepada orang Melayu, malah dihina di khalayak ramai dan dilabelkan angkuh, sekolah-olah agama tidak dibela tetapi sekolah swasta pula dibantu.

“Rakyat yang menderita tidak dibantu tetapi disuruh berhutang dan mencagarkan wang KWSP mereka.

“Dalam keadaan sebegini, apakah salah kalau ada pihak yang mahu menyatukan kembali orang Melayu?

“Hanya mereka yang mati jiwa perjuangan terhadap bangsa Melayu akan membantah apatahlagi menggelupur pada proklamasi ini.


Sumber I Tv Pertiwi 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo