NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekalahan pada PRU-15 adalah kesilapan pengundi - Zahid

Presiden UMNO, Zahid Hamidi yakin dapat menang pada PRN enam negeri nanti.


Kekalahan teruk UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disebabkan pengundi tersalah undi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata tidak akan mengulangi lagi kekalahan teruk seperti PRU-15 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti kerana pengundi yang tersalah undi sudah kembali menyokong mereka.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pihaknya yakin perubahan dapat dilihat dalam bentuk sokongan kepada UMNO pada PRN akan datang terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kita sedang menyusun langkah bersama rakan-rakan lain dan berada pada tahap memperbaiki kelemahan lalu.

“Saya yakin kesilapan pengundi pada PRU-15 akan diperbaiki kerana ada penyelesaian apabila berlaku pertukaran kerajaan (yang tidak sama di Persekutuan) di negeri terbabit.

“Kita dapat lihat kecenderungan perubahan haluan sokongan mereka daripada anti pembangunan kepada pro pembangunan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ketika ini,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Zahid terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perlis.

Sejumlah enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka mengadakan PRN selewat-lewatnya Julai ini selepas penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing tamat tempoh.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo