NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kapal China ceroboh Selat Taiwan lagi

Taipei sering memantau aktiviti Beijing di perairan Selat Taiwan.- Foto: Agensi


TAIPEI - Tiga kapal milik China termasuk kapal pengangkut pesawat, Shandong didakwa merentasi Selat Taiwan, menurut Kementerian Pertahanan pada Sabtu.

“Kemunculan kapal Shandong di perairan itu adalah luar biasa walaupun aktiviti Beijing sering dipantau,” ujar kementerian tersebut merujuk kepada Tentera Laut China.

Jelasnya, flotila itu menuju ke barat garisan median menghala ke utara iaitu sempadan tidak rasmi di tengah-tengah selat yang memisahkan negara pulau tersebut dengan benua Asia.

“Kami sedang mengawal situasi tersebut dan mengarahkan pasukan peronda tentera udara serta laut dan sistem peluru berpandu darat untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman,” katanya.

Pencerobohan terbaharu itu berlaku selepas Beijing melancarkan latihan ketenteraan seperti ‘mengepung’ Taipei pada April lalu.

Kapal Shandong itu turut menyertai latihan berkenaan bersama jet pejuang J15 di bahagian tenggara Taiwan.

Sejak beberapa hari lalu, China dikatakan semakin meningkatkan pencerobohan di perairan negara pulau berkenaan yang dilihat sebagai satu provokasi melampau oleh Taiwan. - AFP



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo