NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jenazah Awang Askandar selamat dikebumikan

Anggota Angkatan Pertahan Awam Malaysia mengusung jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Leftenan Kolonel (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub untuk dibawa balik ke Kota Kinabalu di kompleks KLIA Kargo, Sepang. Foto MUHD NA’IM,27 MEI 2023.




PAPAR – Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni di sini pada 5.20 petang ini.

Terdahulu jenazah Awang Askandar, 56, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira 2.15 petang tadi.

Jenazah Allahyarham diterbangkan dengan penerbangan MH2646 pada 11.35 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hadirin kemudian membaca doa ringkas mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan kemudian seramai 10 pegawai APM Sabah membawa jenazah dengan kawad penghormatan dari kawasan kargo ke dalam van jenazah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar Datuk Muhammad Alamin, Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed, serta abang Allahyarham iaitu Awang Asim Ampuan Yaacub, 57, antara yang hadir.

Pada kira-kira 2.30 petang, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Benoni, Papar dari KKIA, sebelum tiba di Masjid Jamek As Salam kampung tersebut pada 3.37 petang untuk dimandikan dan dikafankan.

Jenazah Awang Askandar kemudian disembahyangkan dengan diimamkan Imam Masjid Jamek As Salam Hamdani Omar bersama para hadirin sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormatan APM pada 4.38 petang dan selamat dikebumikan petang ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut. – BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo