NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gubal undang-undang khusus bendung LGBTQ – Pas



KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menggubal peruntukan undang-undang khusus bagi memastikan negara ini sentiasa bebas daripada unsur-unsur songsang termasuk agenda lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, langkah itu bagi membendung serta mencegah rintang normalisasi LGBTQ sama ada secara tersirat mahupun tersurat daripada masuk ke dalam negara.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan pendirian Dewan Ulama Pas menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan rampasan terhadap jam tangan yang mengandungi unsur LGBTQ.

“Dewan Ulama Pas berpandangan segala unsur yang mempunyai mesej tersirat terhadap LGBTQ harus ditangani dengan tegas dan tanpa kompromi.

“Seharusnya pihak tertentu lebih sensitif mengenai perkara ini serta menghormati Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan baru-baru ini, KDN merampas sebanyak 164 jam tangan berjenama terkenal yang dikatakan mengandungi unsur-unsur mempromosi budaya songsang LGBTQ.

Ahmad menambah, Dewan Ulama Pas berharap agar pendirian tegas itu terus konsisten pada masa akan datang.

Menurut beliau, Malaysia perlu mempertahankan dasar untuk tidak menerima budaya itu masuk meskipun seluruh negara di dunia menerima LGBTQ sebagai cara hidup rakyatnya.

“Tidak ada hujah yang boleh merasionalkan perbuatan LGBTQ yang bertentangan dengan fitrah manusiawi.

“Jika mahu dituruti segala nafsu serakah manusia, nescaya ia tidak akan pernah berakhir,” jelasnya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo