NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cubaan pecahbelahkan PN dengan buat tawaran kepada PAS - Razali



Langkah kerajaan campuran membuat tawaran kepada PAS dilihat bertujuan untuk memecahbelahkan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris menyifatkan langkah membuat tawaran kepada PAS itu adalah strategi kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggugat perpaduan dan persefahaman dalam PN.

“Itu strategi beliau (Anwar). Tetapi apabila Hadi ‘sendal’ dengan prinsip, sukar sikit nak masuk,” katanya dipetik laporan FMT.

Beliau mengulas pendedahan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam bahawa beliau beberapa kali dihubungi “orang tertentu” menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Razali berkata, beliau tiada masalah jika Hadi mahu berjumpa dengan Anwar untuk membincangkan kerjasama, selagi tidak melanggar prinsip PN.

“Sebagai ketua parti, memang beliau layak jumpa sesiapa pun…sebab (dari segi) politik, Hadi subjektif dan (tindakannya) penuh demokrasi,” katanya lagi.

Kata Razali, tindakan DAP yang turut menganjurkan kerjasama dengan PAS juga dilihat mempunyai agenda sama, iaitu memecahbelahkan PN.

Sebelum ini, veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan perpaduan menawarkan kerjasama dengan PAS pada PRN akan datang.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo