NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar bidas Zahid reka cerita naratif supaya ahli UMNO sokong DAP

Annuar membidas Zahid kerana mengajak ahli UMNO supaya menyokong DAP pada PRN nanti.




Bekas veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba reka cerita supaya ahli-ahli menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu membidas Zahid kerana cuba menyamakan sokongan ahli UMNO kepada DAP adalah sama seperti mereka menyokong MIC dan MCA yang berada dalam BN sebelum ini.

“Astaghfirullah al’azim… Tok Zahid, Tok Zahid… Sejak bila pula penolakan pada DAP ini soal orang Melayu soal orang Cina.

“Kalau soal orang Melayu ada dalam DAP sekarang, Zainal Rampak dulu DAP, Ahmad Noor dulu DAP, Naib Presiden pula lagi.

“Kita semua orang Melayu semua tidak menerima DAP, sebahagian besar rakyat Malaysia tak terima DAP kerana ideologinya bukan kerana soal Melayu Cina,” katanya dalam satu video yang dimuat naik dalam TikTok.

Annuar menempelak Zahid kerana cuba reka cerita naratif dan alasan untuk menyembunyikan sebab sebenar menyuruh ahli-ahli UMNO menyokong DAP.

“Jangan cuba mereka-reka alasan dan sebab menyembunyikan sebab sebenar.

“Dan penerimaan DAP ini dirancang oleh pemimpin tertentu dalam UMNO, dua tahun sebelum pilihan raya lagi. Jadi kita akan ceritakan benda ini yang sebenarnya nanti jika perlu kita terpaksa dedahkan.

“Dua tahun lepas sebelum pilihan raya sudah dibuat perkiraan perhitungan jajaran baharu untuk beri sokongan kepada DAP sedangkan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tak diberitahu.

“Jangan sekarang nak reka naratif untuk menghalalkan tindakan,” katanya lagi.

Media terdahulu melaporkan Zahid yakin dapat memujuk sokongan ahli UMNO menyokong calon DAP pada PRN tidak mustahil dapat dilakukan.

Zahid senada dengan Datuk Seri Ahmad Maslan yang mahu ahli parti itu menyokong calon parti lain dalam kerajaan campuran termasuk DAP, malah kaedah sama akan digunakan sebelum ini dalam menarik sokongan ahli UMNO kepada MIC dan MCA.

“Dulu pengundi Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada calon MCA dan MIC. Untuk itu, kita akan gunakan keadah yang sama bukan atas nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Lebih dua dekad kebencian penyokong terhadap sesuatu kumpulan telah ditanam dan tempoh itu bukan mudah untuk dirungkaikan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Mat Maslan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menjelaskan perkara itu, ahli MT UMNO itu berkata, ini kerana meskipun calon yang bertanding daripada DAP, namun ia mewakili gabungan kerajaan perpaduan dan harus diterima susulan perubahan politik ketika ini.


Sumber | Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo