NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan pengasuh disyaki dera 2 beradik

Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan dua kanak-kanak didakwa menjadi mangsa dera di sebuah rumah dipercayai pengasuh mereka.



PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengasuh kerana disyaki mendera dua beradik berusia tujuh dan empat tahun di rumahnya di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ketua Polis Serdang AA Anbalagan berkata wanita berusia 24 tahun adalah kenalan ibu mangsa dan mula menjaga dua kanak-kanak itu sekitar Mac apabila ibu mereka bekerja di Singapura.

Menurutnya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada wakil sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa lalu yang mendakwa menerima aduan berhubung penderaan itu.

“Didapati ada kesan lebam dan kesan dirotan di seluruh badan kedua-dua mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa telah dibenarkan keluar hospital dan siasatan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor juga dimaklumkan berkaitan kes tersebut dan difahamkan sedang memantau kes berkaitan.

Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan dua kanak-kanak didakwa menjadi mangsa dera di sebuah rumah dipercayai pengasuh mereka.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo