NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH tidak akan menyerahkan kerusi Permatang Pauh kepada BN

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Said berkata, parti itu berharap diberikan satu daripada tiga kerusi DUN disandang PH di kawasan Parlimen itu.


GEORGE TOWN: Seorang Adun Pakatan Harapan (PH) berkata, gabungan itu tidak akan menyerahkan kerusi dimenanginya pada PRN lalu, selepas seorang ketua bahagian Umno mengakui parti itu mengintai sebuah kerusi di Permatang Pauh.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permatang Pauh, iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. Pada pilihan raya lalu, PKR memenangi kerusi Seberang Jaya dan Penanti, manakala Amanah menang di Permatang Pasir.

“Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan semua kerusi DUN yang kami menangi pada pilihan raya lalu akan kekal dengan kami,” kata Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin kepada FMT.

Umno kini mempunyai dua kerusi DUN – Permatang Berangan dan Sungai Dua.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Said berkata, parti itu mahu bertanding sebuah kerusi di kawasan Parlimen itu dan Umno tidak patut dijangka hanya bertanding kerusi disandangnya.

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, ia terpulang kepada parti penyandang untuk menentukan sama ada mereka mahu memberi laluan kepada calon Umno.

“Jika calon Umno boleh menang, maka permintaan (untuk kerusi itu) munasabah. Tambahan, kita akan mempunyai lebih ramai wakil Melayu dalam kerajaan negeri.”

Katanya, Umno tidak patut hanya memfokuskan pengagihan kerusi, tetapi bekerja lebih keras meyakinkan penyokongnya untuk menyokong calon PH dan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, pada pilihan raya di Padang Serai Disember lalu, Barisan Nasional tidak melakukan secukupnya untuk menggerakkan penyokongnya bagi menyokong calon PH, Sofee Razak, yang akhirnya kalah kepada calon Perikatan Nasional, Azman Nasrudin.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo