NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peniaga dakwa ‘sengsara’ hidang Menu Rahmah, kerajaan dapat nama

Mirza Zakaria jangka program Menu Rahmah tidak bertahan lama, jika kerajaan tidak bantu ringan kos ditanggung peniaga.




PETALING JAYA: Beberapa pengusaha makanan terbabit program Menu Rahmah membidas kerajaan kerana didakwa hanya mahu ‘popular’ tanpa mengambil kira keperitan peserta yang menjayakannya.

Meski pun mengakui program itu bersifat pilihan, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Farawahida berkata Putrajaya seharusnya lebih cakna dengan menyelesaikan isu kenaikan bahan mentah.

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, ketiadaan inisiatif kerajaan menyebabkan ramai peniaga kecil seperti dirinya terjejas teruk dan tidak mungkin mampu bertahan lama.

“Tidak adil jika kerajaan dapat nama (popular) di atas usaha peniaga.

“Jika ada usaha kawal dan turun harga barang, mungkin semua pihak termasuk peniaga akan berpuas hati,” katanya kepada FMT.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada 29 Mac lalu dipetik berkata kerajaan tidak bercadang memberi insentif atau subsidi kepada 1,706 pengusaha terbabit program Menu Rahmah.

Bagaimanapun kementeriannya menyokong dari segi promosi melalui platform media dan portal Menu Rahmah bagi memastikan inisiatif yang diperkenalkan pada 31 Jan lalu berkenaan dapat diperluas.

Sementara itu, seorang lagi peniaga dikenali Nurul Nashfisha, 18, menyifatkan pendirian kerajaan itu sebagai tidak adil.

“Sekarang ini kerajaan yang dapat nama, padahal kita sama-sama membantu kerana tahu ramai orang susah sekarang.

“Jangan hanya harapkan peniaga sahaja yang akhirnya menyebabkan program ini tidak kekal kerana harga barang semakin meningkat,” katanya yang berniaga bersama ibunya di kaki lima di Kelana Jaya.

Seorang peniaga Mirza Zakaria, 38, mendakwa ada rakannya hanya mendapat untung bersih RM50 sahaja menerusi program Menu Rahmah yang harus membuka mata kerajaan supaya tampil membantu peserta program itu.

“Bagi saya idea itu bagus tetapi tidak berbaloi buat peniaga.

“Jadi sekarang kerajaan kena pertimbang hendak teruskannya atau tidak selepas buat pendirian tidak akan berikan insentif kepada peniaga,” kata peniaga murtabak di pasar malam itu.


Sumber | FMT Malaysia 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo