NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan Najib: Timbalan Presiden Parti Amanah mohon semua bertenang dan patuh

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub


KUALA KEDAH - Semua pihak termasuk penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta untuk kekal bertenang dan menerima dengan hati terbuka keputusan Lembaga Pengampunan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya berkeyakinan apa juga keputusan dalam persidangan itu adalah berdasarkan Perlembagaan negara dan lunas undang-undang.

Beliau berkata, semua pihak turut melalui proses sama termasuklah Pakatan Harapan (PH) yang pernah duduk di bahagian pembangkang, sekali gus pernah juga mengalami pelbagai hukuman.

"Kita lalui proses ini. Negara kita ada undang-undang. Kita negara hukum, kena ada undang-undang. Semua pihak perlu bertenang termasuk penyokong beliau dan kita patuh.

"Kita akur kepada setiap apa yang berlaku yang akan diputuskan oleh pihak-pihak yang tertentu di bawah Perlembagaan dan undang-undang dalam negara,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santai Minum Petang dan Sumbangan Bakul Rahmah di Dewan Restoran Anjung Kuala, di sini, pada Jumaat.

Salahuddin berpandangan, setiap parti, individu ataupun mana-mana individu yang telah dijatuhkan hukuman diyakini masih mempunyai ruang undang-undang di bawah Perlembagaan negara untuk mereka merayu.

“Jadi bagi Amanah jelas bahawa walaupun hari ini berlaku kepada Datuk Seri Najib yang memohon pengampunan bagi saya biarlah undang-undang biarlah itu yang menentukan," katanya.

Tambah beliau, permohonan untuk mendapatkan pengampunan itu merupakan hak bagi setiap rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menunggu keputusan daripada Lembaga Pengampunan yang merupakan hak mutlak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi kita serahkan perkara itu kepada perundangan, dalam kata lain biar perundangan menentukan,” katanya.


Sumber | Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo