NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohon pengampunan Agong terhadap Najib bersifat desakan politik -PN

PASIR PUTEH: Perikatan Nasional (PN) melihat tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memohon pengampunan penuh terhadap  bekas presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak bersifat desakan politik.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, PN menyerahkan perkara tersebut kepada kebijaksanaan Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.

“Perkara ini ada proses dan prosedurnya tertentu. Setahu saya siapa yang boleh mohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat PN peringkat negeri Kelantan di sini semalam.

Turut dihadir Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Datuk Kamarudin Md. Nor.

Mengulas lanjut mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebahagian daripada penilaian Lembaga Pengampunan Ahli Parlimen Pagoh itu enggan mengulas lanjut.

Katanya, beliau tidak boleh memberikan sebarang ulasan kerana itu bersandarkan perlembagaan undang-undang.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, MT UMNO memohon Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pengampunan penuh terhadap bekas Perdana Menteri, Naji sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MT juga sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka Baginda beserta dengan memorandum ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.-UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo