NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia turut rasai gegaran gempa bumi di Sumatera

MUHAMMAD HELMI ABDULLAH


PETALING JAYA: Gegaran gempa bumi di Sumatera lewat malam semalam turut dirasai di beberapa kawasan di negara ini, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Ini selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10:59 malam, 3 April 2023.

Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.9° Utara dan 98.8° Timur dengan kedalaman 86 km bersamaan 84 km Barat Daya dari Padang Sidempuan iaitu kurang 500 km dari Kuala Lumpur.

“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan.

Susulan gempa bumi tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima laporan berlaku gegaran di Flat Pudu Impian 1 yang terletak di ibu negara.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada pukul 11.13 malam.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, hasil pemantauan mendapati tiada sebarang rekahan baharu pada bangunan perumahan tersebut, manakala penghuni berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.- utusan


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo