NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan PMX tuduh Melayu selesa, angkuh, tidak berpijak atas realiti

Pagi ini media melaporkan bahawa Perdana Menteri mengatakan agar orang Melayu Islam tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan orang lain. 

Terus terang saya katakan kenyataan ini sangat mengejutkan dan tidak menyangka sama sekali ia boleh terkeluar dari mulut seorang pemimpin Melayu apatahlagi Perdana Menteri.
Bukan sahaja gambaran terhadap sikap orang Melayu itu tidak tepat malah dari satu segi dilihat beliau menghina orang Melayu. Kalaulah benar Melayu ini angkuh dan tidak melayan bangsa lain dengan baik, saya rasa sudah lama bangsa lain tidak wujud di negara ini. 

Beliau yang baru sahaja melawat negara Cambodia menggesa agar orang Melayu Islam mencontohi rakyat Cambodia yang majoriti beragama Buddha begitu menghormati minoriti Muslim di sana.
Yang menyedihkan, beliau memberikan contoh kerajaan Cambodia mengadakan majlis iftar dan ada melantik menteri di kalangan bukan Islam. 

Apakah beliau lupa bahawa negara telah melantik pemimpin bangsa lain didalam cabinet semenjak merdeka lagi? Malah, sampai jawatan-jawatan kementerian tertentu sudah jadi 'kuota' atau 'tradisi' buat wakil parti bukan Melayu dan Islam tertentu sejak berpuluhan tahun lamanya. 

Malah di kawasan penduduk Melayu pun ramai bukan Islam menang sebagai wakil rakyat, dengan sokongan dan dokongan padu pemimpin-pemimpin politik Melayu... Dan walaupun individu tersebut sudah terbukti rasis dan anti Melayu Islam. 

Berkenaan dengan iftar yang dianjurkan oleh kerajaan Cambodia, bukankah memang kerajaan Malaysia sudah lama turut merayakan perayaan agama dan kaum selain Islam dan Melayu? Atau apakah tidak cukup sampaikan selepas ini kerajaan perlu mengadakannya di gereja, kuil dan tokong?

Jadi di mana hujah yang memalitkan naratif 'keangkuhan' orang Melayu Islam? Apa motif sebenar PMX membuat kenyataan yang begitu menyinggungkan ini? Jika beginilah sikap dan pemikiran kerajaan terhadap orang Melayu, saya boleh katakan masa depan Melayu sangat gelap malah mungkin akan terhapus secara hakiki.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo