NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Laksana seluang memakan umpan’ - Hadi Awang

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang 


SHAH ALAM - “Laksana seluang memakan umpan, lalu meninggalkan mata pancing yang kosong.” Demikian perumpamaan diberikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam menyifatkan rakyat Kelantan persis ikan kecil yang hanya memakan umpan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ia merupakan hasil didikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendidik rakyatnya menerusi slogan ‘bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi Pas’.

“Perantauan yang pulang menggunakan kenderaan dan ada ‘tiket’ diumpan sehingga mereka terpaksa memasang bendera parti lawan kerana menyumbang duit, namun undi golongan itu tidak boleh dipancing.

“Dengan kata-kata itu juga, Pas berjaya menegakkan sebuah kerajaan bersih daripada penyakit rasuah, walaupun kewangan terbatas tetapi tetap teguh memerintah,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Khamis.

Tambah beliau, pada masa kini, kebendaan sememangnya merosakkan pemimpin dan rakyat.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan berlakunya rasuah bermula daripada pentadbiran hingga ke dalam parti politik yang memerintah negara.

Abdul Hadi berkata, apabila negara ditadbir secara rasuah, wujudnya situasi memilih pemimpin dengan membeli mereka dan mendapatkan sokongan rakyat daripada kalangan penyumbang wang sogok yang kaya-raya.

“Perkara ini termasuklah kerajaan Pakatan yang dibentuk oleh penyumbang korapsi dalam kalangan mereka yang ‘berpenyakit’ rasuah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung itu menjadi ujian keinsafan sebagaimana yang telah dibuktikan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Tambahnya lagi, walaupun anak muda dianggap sebagai mentah dan belum sempurna pelajarannya tetapi mereka meletakkan akal di kepala demi menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut suruhan ALLAH SWT.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo