NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kos bekalan daging tinggi, tapi diarah jual harga rendah” - peniaga

Wan Mohd Faqrurazi sedang melayan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Seksyen 6.


SHAH ALAM - Situasi ekonomi kurang stabil menjelang Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja dirasai oleh pembeli, tetapi juga peniaga.

Menurut seorang peniaga barangan runcit, Wan Mohd Faqrurazi Wan Abd Satar, 38, perniagaan milik keluarganya itu mampu mencapai pendapatan lebih daripada RM10,000 pada satu-satu masa ketika sebelum, namun kini tidak lagi.

Jelas Wan Mohd Faqrurazi, meskipun kedainya di Pasar Seksyen 6 itu masih dikunjungi orang ramai, namun kadar perbelanjaan dilihat agak berbeza.

“Kalau dahulu, orang datang beli dua tiga barang. Sekarang kalau datang pun beli satu barangan sahaja contohnya bawang merah sepeket.

“Begitu juga dengan ketupat segera, stok jualan kami boleh mencapai jualan sehingga 100 kotak, sekarang cuma 20 ke 50 sahaja” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Peniaga daging, Iqhwan Khan, 31 berkata, jualannya pada tahun ini merudum agak teruk berbanding sebelum iaitu dari 80 ke 55 peratus.

Ujarnya, situasi ekonomi yang kurang baik membuatkan orang ramai perlu merancang perbelanjaan dengan teliti.

“Sekarang, dengan keadaan sekolah baru buka dan tiada cuti. Kebanyakan keluarga mereka lebih putuskan untuk membeli makanan yang sudah siap berbanding beli keperluan basah. Itu, antara yang saya lihatlah.

“Kami pun berdepan dengan kos bekalan daging agak tinggi, contohnya saya bagi harga dulu RM30 sekilo, sekarang RM34 ke RM35. Akan tetapi, kami masih jual dengan harga sama iaitu RM38,” katanya.

Jelas Iqhwan, dia juga perlu berdepan dengan saingan daripada peniaga lain yang menjual keperluan sama.

“Ada sesetengah bahagian daging, kami hadapi kekurangan stok. Ada peniaga, mereka sudah banyak stok berkenaan. Jadi, ia satu cabaran juga buat kami untuk tarik pelanggan,” jelasnya.


Sumber I Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo