NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Edar dadah, pengantin baharu ‘bulan madu’ dalam lokap

Pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan ketika menunggu pelanggan di kawasan letak kenderaan sebuah masjid, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri.


PETALING JAYA: Sepasang pengantin baharu terpaksa ‘berbulan madu’ di dalam lokap setelah dicekup di Chikus dekat Langkap, Ipoh, kerana disyaki mengedar dadah.

Pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak ketika menunggu pelanggan di kawasan letak kenderaan masjid pada 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata pasangan itu yang mendirikan rumah tangga semalam ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggar bernilai RM77,000.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah beg pakaian dan menemukan dadah disyaki heroin itu yang dianggarkan seberat 9.268kg.

“Dadah ini dipercayai untuk diedar ke luar Hilir Perak dan boleh menampung keperluan hampir 10,000 penagih,” katanya menurut laporan Bernama.

Ahmad Adnan berkata saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.

“Pasangan ini tidak bekerja dan polis sedang mengesan ahli sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo