NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno dikecualikan daripada pembatalan pendaftaran - Saifuddin

story-image

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan kuasanya untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, dia berkata kementeriannya memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 kepada Umno.

Ia berhubung usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Saifuddin berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan itu daripada setiausaha Agung Umno pada 3 Mac 2023.

Seksyen 13 berkaitan pembatalan sesebuah pertubuhan.

Menurut seksyen 70 akta itu, menteri boleh menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya.

Dua hari lepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Tindakan itu akan dibuat bagi memberi noktah kepada polemik berkaitan perkara itu.

Terdahulu, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menggesa Zahid mendedahkan surat itu kerana menurutnya terdapat laporan media yang bercanggah.

Pada 20 Jan lalu, dua anggota Umno memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung ketetapan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Pemilihan Umno akan bermula hujung bulan ini bermula dengan pemilihan calon-calon bagi jawatan dalam sayap-sayap parti.

Bagi naib presiden–jawatan tertinggi yang dipertandingkan–berlaku pertembungan lapan penjuru termasuk dua penyandang Mohamed Khaled Nordin dan bekas Mahdzir Khalid.

Ismail Sabri tidak mempertahankan jawatan itu walaupun sebelum ini disebut-sebut mungkin mahu mencabar jawatan presiden.

Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk mencabar Zahid. Bagaimanapun dia telah dipecat daripada parti itu.


Komen : PH desperate utk terus kekal berkuasa

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo