NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tze Yong cipta kejutan kalahkan Axelsen di All England 2023

NG TZE YONG

BIRMINGHAM: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya menampilkan kejutan apabila menyingkirkan penyandang juara Kejohanan Badminton All England, Viktor Axelsen dalam pertarungan pusingan kedua di Utilitia Arena Birmingham sebentar tadi.

Biarpun ini merupakan pertembungan pertama antara kedua-dua pemain, Tze Yong tampak begitu bersemangat dan mendahului permainan pada set pertama dengan keputusan 21-15.

Perlawanan semakin rancak di set ketiga, apabila Tze Yong terus memimpin perlawanan, namun Axelsen cuba melakar kebangkitan penghujung permainan, bagaimanapun Tze Yong kekal tenang untuk memastikan tiket suku akhir menjadi miliknya dengan kemenangan 23-21.

Terdahulu dalam aksi beregu lelaki, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin dikecewakan penyandang juara, Bagas Maulana dan Muhammad Shohibul Fikri dengan keputusan 18-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit.

Cabaran skuad negara dalam acara beregu campuran juga berakhir apabila pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tunduk kepada keampuhan pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto dengan keputusan 12-21, 21-11, 19-21.

Satu lagi wakil negara yang akan turun sebentar lagi merupakan pilihan keempat kejohanan dalam acara peseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang akan berentap dengan Kenta Nishimoto dari Jepun.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo