NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasatan pembabitan Amirudin dalam projek RM700 juta diserahkan kepada SPRM

SHAH ALAM – Siasatan berhubung projek tebatan banjir Sungai Klang bernilai RM700juta yang didakwa membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan sebuah syarikat secara rundingan terus diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penyerahan laporan kes itu susulan mengandungi elemen rasuah.

“Setakat ini, ada satu laporan polis diterima membabitkan kes terbabit.

“Kes itu kita (polis) telah rujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan susulan laporan polis dilakukan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohd Shukor Mustaffa berhubung kes tersebut di Balai Polis Kinrara, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Amirudin dan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) yang dianugerahkan projek pembersihan sungai dan pembangunan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer, dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, yang dikatakan menelan belanja RM700 juta. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo