NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran

PMX sebelum ini berjanji untuk memberi kebebasan mahasiswa universiti, kata Syed Saddiq.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disekat daripada menghadiri satu program dialog di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor malam tadi.

Walaupun menyokong kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Presiden Parti MUDA itu tidak dibenarkan menghadiri program dialog dan membidas janji yang dicanang-canang untuk memberi kebebasan kepada mahasiswa sebelum ini.

“Sebelum ini Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi jaminan bahawa kerajaan akan menghapuskan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (1971) yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah semasa sesi Dialog Anak Muda pada 19 Mac 2023.

“Saya memegang teguh kata-kata Perdana Menteri dan mengharapkan kepada keprihatinan Perdana Menteri agar budaya universiti kita dapat diubah untuk kekal menjadi tempat lahirnya pemikir dan cendiakawan n

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo