NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis rakam kenyataan pengarah, pelakon Mentega Terbang

Mentega Terbang yang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan juga artis.



SHAH ALAM - Polis mengesahkan telah mengambil rakaman percakapan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbangpada Jumaat.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, proses rakaman percakapan kedua-duanya di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar jam 10 pagi.

"Rakaman percakapan ke atas penerbit filem pula akan dirakamkan pada 14 Mac ini.

"Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 6 Mac lalu, polis telah menerima lapan laporan berhubung filem yang mengandungi babak berunsur liberal.

Ekoran itu, satu kertas siasatan telah dibuka berkaitan filem tersebut.

Mentega Terbang menjadi tular ekoran sedutan babak dalam filem tersebut memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islam untuk dimakan.

Selain itu, terdapat babak memaparkan bapanya membenarkan Aisyah untuk keluar daripada Islam (murtad) dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan bagaimana filem sebegitu dibenarkan untuk tontonan umum.


Sumber | Sinar Harian




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo