NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat



BANGI, Rabu – Segelintir peniaga meluahkan rasa kesal terhadap harga barang yang meningkat daripada pembekal hingga mendatangkan kerugian di sekitar Pasar Basah Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Harga barang mentah yang kami terima juga meningkat, kadang-kadang untung kami hanya RM1 per kilo sebab kami tidak mahu mengambil banyak barang dan kemudian nanti tidak menguntungkan kami semula” kata Sufian Muhamad, 43 yang merupakan peniaga sayur-sayuran.

Tambah Sufian, sayur-sayuran mudah rosak dan jika ia tidak dapat dihabiskan dalam masa dua hari, beliau terpaksa menanggung rugi jika barang masih banyak. Jika pembekal jual dengan harga yang lebih murah, peniaga dapat menarik pelanggan dengan tawaran harga rendah. 

Menurut Zazli  Mohd Yusof, 53, pula, harga ayam semakin meningkat beserta kos yang dikeluarkan untuk memproses ayam juga tidak mendatangkan untung yang banyak lebih-lebih lagi dengan adanya harga siling yang ditetapkan kerajaan iaitu RM 9.40 sekilogram. 

“Harga siling ini hanya untuk kami peniaga di pasar-pasar atau kedai runcit, tapi bagi pembekal dari ladang mereka tidak dikenakan harga siling. Jadi sekiranya pembekal jual dengan harga mahal, kami juga terpaksa jual dengan harga yang ditetapkan kerajaan” ujarnya. 

Bagi peniaga ikan, Mohamad Rohan, 43, harga hidupan laut agak mahal dan meningkat mendadak. Harga yang diterima di jeti dan pembekal berbeza setiap hari serta tidak boleh diduga. Setakat ini, harga sotong dan ketam naik RM10 per kilo. 

“Bila harga naik, orang tidak mahu beli. Bila orang tidak mahu beli, kami lah tanggung rugi. Alhamdulillah kerajaan tidak kawal harga ikan tetapi kalau boleh mohon kawal harga dari pembekal supaya kami dapat jual kepada pembeli secara berterusan” katanya dalam temu bual bersama TV Pertiwi di Pasar Basah Bandar Baru Bangi. 

Peniaga meluahkan rasa kesal terhadap kawalan harga yang perlu diikuti mereka dan bukannya pembekal. Isu ini dikatakan lebih serius selepas Malaysia pulih daripada serangan Covid-19.

Terdahulu kerajaan mengumumkan kawalan harga barang mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran di Malaysia untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi bulan mulia.


Sumber | Tv Pertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo