
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu kalah dengan hanya perbezaan sebanyak 16 undi, sekali gus gagal mengetepikan penyandang, Noor Hasita Mat Isa, dalam pemilihan yang dilaporkan berlangsung hari ini.
Setiausaha Umno Kedah Ariffin Man berkata Noor Hasita mengumpul 285 undi berbanding Mashitah 269 undi.
“Keputusan menyaksikan Noor Hasita menang jawatan ketua wanita Umno bahagian Kuala Kedah.
"Seramai 555 daripada 762 perwakilan layak mengundi hadir dalam pemilihan semula itu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Online.
Asalnya pemilihan tersebut dibuat pada Sabtu lalu namun ia dibayangi dakwaan wujud 'pengundi hantu' apabila kertas undi yang dikumpulan berbeza daripada jumlah perwakilan yang hadir.
Menurut portal berita itu Jawatankuasa Pemilihan Umno Kuala Kedah mendapati ada 570 kertas undi diterima selepas proses pemilihan walaupun jumlah perwakilan yang ada hanya 521 orang.
Dia pernah menjadi ahli parlimen Baling selama satu penggal (2004 hingga 2008) sebelum dikalahkan oleh calon PAS di situ.
Bagaimanapun di sebalik kekalahan tersebut bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa itu kemudian dilantik menjadi anggota Dewan Negara sekali gus ditugaskan sebagai timbalan menteri di JPM.
Pada PRU ke-15 lalu nama Mashitah dipilih untuk mewakli BN bagi kawasan parlimen Kuala Kedah pula, namun dia kecundang kepada calon PAS-PN, Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Sementara itu mengulas kekalahannya Mashitah berkata dia reda dengan keputusan tersebut selepas berpindah ke bahagian Kuala Kedah kira-kira dua bulan lalu.
“Saya bersyukur mendapat kepercayaan ramai walaupun berpindah ke Umno bahagian Kuala Kedah lebih dua bulan lalu. Sokongan memberangsangkan itu memberi inspirasi dan semangat kepada saya,” katanya dipetik sebagai berkata.
No comments
Post a Comment