NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di tiga negeri berkurangan kepada 44,277 orang setakat malam Jumaat




KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang terus berkurangan malam ini, melibatkan 44,277 mangsa berbanding 46,053 mangsa petang tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 43,667 orang setakat 8 malam ini susulan banjir  di daerah Kluang telah pulih dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 12,385 keluarga masih ditempatkan di 172 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di lima daerah terjejas akibat bencana itu. 

“Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 37,878 orang, diikuti dengan Muar (3,104), Tangkak (1,924), Segamat (706) dan Mersing (55),” menurutnya.

Sebanyak sembilan sungai masih melepasi aras bahaya, antaranya, Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada pada paras 19.73 meter (m);  Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) dengan bacaan 4.49m dan Sungai Senggarang di Senggarang (Batu Pahat) dengan bacaan 3.51m.

Cuaca diramalkan cerah di lapan daerah malam ini, kecuali Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka hujan. 

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 438 orang daripada 115 keluarga pada 8 malam ini berbanding 442 orang daripada 116 keluarga pada 2 petang tadi.

Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat membabitkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Sebanyak 134 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di SK Parit Penghulu, 57 mangsa daripada 22 keluarga di SK Parit Gantong, 167 mangsa daripada 42 keluarga di SK Batu Gajah dan 55 mangsa daripada 12 keluarga di SK Sungai Rambai,” menurut kenyataan itu.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN Pahang melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin terus menurun malam ini selepas hanya 172 mangsa ditempatkan di dua PPS berbanding 677 orang berada di lima PPS petang tadi. 

PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Aur menempatkan 62 mangsa daripada 24 keluarga manakala 110 mangsa daripada 37 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Leban Chondong. 

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo