NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Johor berkurangan, Mersing pulih

Sehingga malam ini, hanya empat daerah terjejas iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat. - Gambar fail


JOHOR BAHRU: Bilangan mangsa banjir di Johor menurun kepada 42,770 mangsa malam ini, berbanding 44,779 orang tengah hari tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani, berkata bilangan terbaharu itu direkodkan pada jam 8 malam ini.
Katanya, banjir di Mersing juga sudah pulih sepenuhnya apabila 47 mangsa daripada 14 keluarga yang terakhir di daerah itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Katanya kini hanya empat daerah terjejas iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.
"Batu Pahat turut menunjukkan sedikit penurunan mangsa banjir dan kini seramai 39,800 daripada 11,182 keluarga berbanding 39,919 orang (11,216 keluarga jam 12 tengah hari tadi) yang ditempatkan di 114 PPS di daerah itu.
“Di Muar pula, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,532 orang (457 keluarga) di 16 PPS.
"Daerah Tangkak pula berkurangan menjadi 1,037 orang (412 keluarga) di 10 PPS dan Segamat, jumlah mangsa banjir kini tinggal seramai 401 mangsa banjir (108 keluarga) di 14 PPS," katanya dalam kenyataan media, malam ini.
Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) juga tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan, namun amaran ribut petir dikeluarkan di Muar dan Batu Pahat.
Jelas Azmi, terdapat enam lembangan sungai di daerah Muar dan Batu Pahat dicatatkan melebihi paras bahaya.
"Ia membabitkan sebuah sungai di Muar iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong.
"Selain itu, lima sungai di Batu Pahat membabitkan Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Sungai Bekok di Bandar Yong Peng, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong dan Sungai Senggarang di Senggarang," katanya.

Sumber | Astro Awani



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo