SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022.

Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah.

Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di sini, hari ini.